Saturday, December 26, 2009

Perasaan yang sudah lama tidak menjengah..

  2 comments    
categories: , ,






 





cuba teka?

apekah perasaan itu berdasarkan gambar-gambar di atas..

oleh kerana anda semua bijak..

pastinya saya tak perlu membuat pertandingan teka2

sebab soalan ini sangat tak mencabar kan

hahaha






okay melalut

sebenarnya perasaan yang dimaksudkan ialah bosan

atau sepi

atau sunyi



Kenapa ia sudah lama tidak menjengah??

kenapa?mengapa?




Kerana sebulan yang lepas hidup sangat meriah

dengan gelak ketawa famili

sepupu sepapat atuk nenek

kawan dan lawan



Hari ini?

Berseorangan di dalam bilik halus kecil molek

Seorang okay!!!


Welcome Back Kawan-Kawan

Teruskan Perjuangan Menuntut Ilmu






saya sudah homesick..haha gedik2



Tuesday, December 15, 2009

Kisah Kanak-kanak Suci dan Pontianak Vegetarian Edward Cullen



Kanak-kanak memang suci hati mereka

Mereka tak pernah berbohong

Mereka bercakap dari hati terus ke mulut

Takde tapis2 okayh..

So kalau nak tanye kau gemuk ke tak,

Tanye kanak-kanak okay

Tanye boypren mesti die cakap kurus sangat

ala Heidi Klum ( mase baru2 kapel la )

Tapi kanak-kanak sekarang agak advance la,

kecik-kecik lagi da minat lelaki dewasa..

"Ish comelnye Ekwed(sebenanye Edward) ni..macam nak cium2 je"

Boleh ke budak pempuan 8 tahun cakap macam tu?? (-_-'")

Tapi pelik gak, apesal ramai sangat wanita2 suke tengok

si Robert Pattinson itu?

Pucat tak berdarah sajer..

New Moon pon takdelah best mane, tertidur separuh citer..




Masa aku tido, diorang pon membuat kerja2 kreatif.bravo!




Jadilah orang yang berguna suatu hari nanti kanak-kanak


Moral of the Story : Belilah cd ori, tak pon gilah tengok wayang

mungkin akan menimbulkan kepuasan


Wednesday, December 9, 2009

Perangai hodoh yang mereka-mereka ( dan saya -saya ) suka buat

  12 comments    
categories: ,

Perasan tak?

Bila kita g Giant, Tesco, Carrefour, Kip Mart, Maydin dan lain-lain pasaraya..

Bila dah nak bayar, dah nak sampai kaunter..

Tengok-tengok dalam troli atau bakul,

Hati tiba-tiba runsing

"Eh, macam banyak sangat je barang aku beli "

"Eh apesal aku amek benda ni?Bukan aku makan pon!"

"Macam tak cukup je duit aku nih"

Dan apa lagi..

Kita pun mengeluarkan barang-barang yang rasa-rasanya tak berapa penting.

Maka..terjadilah senario seperti ini:




obvious giler kot


Kopi Super pun ade...mai secawan!hehe



Hehe..ni jelah yang sempat aku snap

Kalau boleh nak g kat sume kaunter,mesti macam2 ada..

kreatif gitu rakyat Malaysia ni


Moral of the story : Ala..ape salahnye kalau kita letak balik barang kat tempat asal kan

Exercise lah sket..malas sangat ah korang ni ( saya juga )!!




Untuk orang2 JB :

Apesal aku baru perasan adanya Buaya ni kat Giant Plentong?

Dah lame ade ke?

T_T





Thursday, December 3, 2009

Post ke 101!!




Hmm..slalu orang announce post ke 100

tapi aku da terlepas da....

baru prasan ari ni..

ces..

hmmm..tapi xde idea ah nak post ape..

ltak gamba je ah











Saturday, November 28, 2009

Apa tu?

  6 comments    
categories: 


Lepas maghrib, Milah ( nama sebenar, ape nak sorok2 ) menuju ke stadium yang berdekatan dengan rumahnya. Dekat sangat, kalau lalu jalan jauh dalam 5 minit, kalau short-cut, 2 minit pun tak sampai. Milah pergi ke stadium sebab kawan2nya ajak tengok mereka main futsal, Milah tak main sebab Milah kaki bangku. Sampai sahaja, match da start, Milah pun tengok je la..sambil tu Milah usha-usha budak2 lelaki yang ada paras dan rupa. Agak meriah jugak keadaan di mini stadium tu, ramai jugak yang datang jadi cheerleader, bersorak-sorak padahal game tu biase je..Ramai je yang kaki bangku macam aku~kata Milah dalam hati.


Sesudah perlawanan, kawan Milah, Mat ( name sebenar gak ) datang kat Milah. Mereka pun berbual-bual, macam2 la yang dibualkan tapi majoritinya mengumpatla..Hmm jangan ingat lelaki tak mengumpat, diorang mengumpat lagi dahsyat doh. Sedar tak sedar, da pukul 10 .30 malam..orang2 lain pun mula beransur pulang. Tapi si Milah dan si Mat ni tak nampak pun macam nak blah, nak kata lame tak jumpa, tak dela sangat, tapi kalau dah dua2 kaki borak..sampai subuh pun tak habis..

Lalu datanglah kawan2 mereka yang lain memberi teguran:

Nani : " Oi balik2, da malam da woi "

Milah dengan selambanya menjawab :

"Rilekslah wei..malam masih muda Nani .. kikiki "

Kemudian datang plak Razak :

Razak: " Oi balik..nanti kena tangkap basah baru tau.. "

Mat dengan sempoinya menjawab:

" Baguslah..dapat kawin free,..kah kah kah "

Kawan2 Mat dan Milah hanya boleh menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai kepala batu diorang. Jadi mereka pun beredar pulang. Tinggallah si Milah dan Mat berdua di mini stadium itu. Memang berdua, tetapi di antara 2 kaum adam, terselit juga Iblis di antara mereka. Hmm..Mereka pun terus berborak-borak sambil ketawa berdekah2 ditemani cengkerik2 dan bunyi katak dan ditemani juga kegelapan malam.

Jam menunjukkan pukul 11 malam.. mereka masih lagi bergosip. Tiba-tiba Milah terlihat sesuatu di atas langit. Mata Milah yang rabun jauh itu melihat bagai kain putih sedang terbang perlahan-lahan terbuai-buai dibawa angin.

Orang kata kalau nampak apa-apa yang pelik malam-malam jangan ditegur, tapi mulut celupar Milah memang terbukti berkesan.

" Weh Mat, ape kat atas tu? Macam kain " kata Milah

" Eh ntah..aku tengok macam kertas je " jawab Mat naif.

Lalu mereka pun sama-sama melihat benda putih yang terbang perlahan itu. Mereka terdiam dan bagai terkesima. Masa bagaikan terhenti dan keadaan amat sunyi sekali.

Tiba-tiba badan Milah menggeletar, hingga gigi2nya turut berlaga. Suhu badannya bagaikan turun ke -50 celcius degree. Benda yang dilihatnya perlahan tadi kini turun laju dan kian jelas. Mata Milah macam nak tercabut apabila melihat benda yang disanngkanya kain putih itu ialah badan manusia berbaju putih tapi kepalanya tidak kelihatan!

Milah tidak berlengah lagi terus berlari meninggalkan tempat itu. Terus terlupa dia pada Mat. Milah cuba berlari laju tapi lututnya bagaikan longgar sekali. Matanya mula melimpahkan air mata. Dia berasa amat takut. Tiba-tiba, ada sesuatunya memintasnya dan tangannya direntap sesuatu. Waktu itu jantung Milah macam nak tercabut. Dia cuba menjerit tetapi suaranya tak boleh keluar. Rupa-rupanya Mat yang menarik tangannya menyuruh die berlari lagi laju. Tapi Milah macam kehabisan tenaga, rumah yang dekat dirasakan macam 10 kilometer.

Sesampai di rumah, MiLAh menangis semahu-mahunya. Dia berasa sangat takut sehingga mahu pecah jantungnya berdetak. Peluh mengalir tak henti2. Matanya terbayang-bayang kelibat Badan tanpa kepala itu terbang di udara. Milah cuba membaca ayat Kursi tapi kepalanya bagaikan kosong. Akhirnya Milah mengambil inisiatif untuk memegang Al-Quran sehingga ke pagi.

Moral of The Story : Jangan berdua-duaan di tengah malam wei! Kene cekup dengan pencegah maksiat baru tahu!!

Tuesday, November 24, 2009

Alpa.Lagha.Leka.

  5 comments    
categories: 

Masa mula- mula ada Friendster, hari-hari bukak..Nak tengok friend request, nak stalk pic kawan-kawan..pastu mule r buat gosip.. "Ea ko tau tak, si Minah tu dalam friendster tak pakai tudung, da free hair la weh! ". Lepas tu sebok anta comment cantik2 yang ade glitter2 tu..contohnye kat JellyMuffin, Zwani, dan macam-macam lagilah.. Pendek kate, memang seronok giler ah friendster mase tu!


Selepas itu, muncul pulak blogger. Mase mula-mula buat blog, hari2-hari kalu boleh nak update. Tulis satu perkataan pun kira update gak. Ade je nak alter, nak tambah itula..nak tambah inilah... Lepas tu follow blog orang yang kite suke, tak baca satu hari macam tak tenang ah. Dalam kelas lecturer ajar FIFO, kita sebok meng'comment' blog orang..Lecturer datang dekat, kita pun pura-pura bukak netbean, lepas tu ternganga balik bace blog orang..Lepas tu, pegi mana2 jangan lupa snap2 ya, nak masukkan dalam blog..hihi..Pendek kata, blog macam hangat giler ah masa tu!

Sekarang, Facebook @ MukaBuku pulak menjelma. Macam fenomena, sape takde macam ketinggalan ah. Yang tua-tua pun buat jugak nak carik kenalan lama, yang muda sket carik kawan2 sekolah rendah, yang muda berhingus nak buat jugak.. tak taulah nak carik kenalan baru mungkin. Seronok sangatlah facebook ni, boleh bagitau orang sekarang kita kat dalam jamban, boleh tag gambar orang, boleh jawab kuiz merepek, boleh tau APA LAKI KITE TENGAH BUAT, ade ramalan ahli nujum poyo dan macam2 lagilah!

Ya dan aku adalah salah seorang mangsa benda2 yang disebutkan itu.. mangsa ke? Kire manga lakot..sebab macam addicted je!

Antara benda alah yang menyeronokkan dan melekakan dalam facebook :

1) PET SOCIETY

Fun! Coimel sangat Rizqin Jr. aku ni. Dulu dia slalu kalah masa race lumba lari, sekarang pon same.. Dia suke makan cheese ( aku reka sendiri ). Dulu rumah die kosong macam padang jarak padang tekukur, sekarang die tengah renovate kitchen. Insyaallah kalau makin kaya die nak beli kedai Luxury tu, eh berangannye, die nak renovate bilik air pulak..Sekarang ni mandi tumpang bilik air orang saje. Die jugaksuka tanam pokok, tapi kadang2 die mengamuk tengok2 pokok da rotten, jual dapat rm1 je.



Hye saya Rizqin Jr. Saya juga suka main cosplay!


Ini pula kemenangan pertama Rizqin Jr. dalam lumba lari. Syabas anakku Rizqin!


2) FARMVILLE

Mula-mula aku tak amek port pon game ni. Macam boring je kena tanam2 pokok sebab dulu penah main game Plant Tycoon..huh hampir satu sem main masih lagi tak dapat kumpulkan 7 pokok ajaib itu.Tapi bile tengok kawan2 ligat main sampai menjadi muram bila tak sempat nak harvest. Curiousity menjadi-jadi sampai aku plak da terlebih-lebih main game ni. Sanggup bangun pukul 3 pagi sebab nak harvest.. memang aaddicted dan alpa lah!



Inilah farm aku yang tak seberapa.. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain..arrgghh.. macam KLCC dengan umah banglo 2 tingkat

Sebenarnya banyak lagi game yang aku main macam Zoo, Fish World..tapi sebab xde pic macam x syok r plak nak ltak


Kesimpulannya, facebook memang menjanjikan kepuasan untuk eskapisme tetapi jangan over okeh..kalau mak suruh tolong masak, tinggalkanlah facebook itu..



Monday, November 23, 2009

Ada Apa Dengan Nama?

  8 comments    
categories: 


Dah pukul lima..okay, nak balik rumah. Carik2 handset, tak ketemu. Aku pun amek handset kawan aku nak miscall handset kesayangan aku tuh. Dialla nombor aku... Tiba-tiba.. Aik?? Salah tekan nombor kot. Aku pun dial sekali lagik.. Tadaaaa!! Kluar nama yang sama.. yang menyebabkan aku confuse tiba-tiba. Lepas tu kedengaran lagu Neyo - Be On You memekak dari handset aku. Okay tidak syak lagi..memang nombor aku.. Tapi mengapa? Kenapa ? Aku tanpa berlengah lagi teruslah menanyakan hal itu kepada kawan aku itu :


" Wei nape ko letak name aku macam ni??!! "

Kawan aku tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menjawab :

" Hehe..ala...awek aku tu slalu check handphone aku..malasla nak bersoal jawab..letak name tu senang sket.. "

Okay aku pon diam sajer tak taw nak jawab ape.. Nasib ko la weh dapat awek huru-hara macam tu!! Patut ke aku cakap macam tu kat dia??

Anyway, aku dah idea.. Lepas ni kalau ade ice breaking session dengan lecturer baru semester hadapan... aku nak cakap macam ni :

" My name is Milah Binti Jamian ( nama sebenar ). Also can call me ANDREW.. thats my nickname. Dont ask why "

Hmmm..cool gak kan.. Andrew..

Cosmetic Surgery

  2 comments    
Hehe..bosan ah dengan skin lame

Dahlah orang cakap blog aku dulu kebudak-budakan

Sekarang amacam?

Matured tak?

Hehehe..


Friday, November 20, 2009

PikiR..ape tajuk yang sesuai..

Yea..akhirnya da sampai umah..

ces xde idea ke stiap kali balik nak wat entry baru?

hmmm..tp xpela..

Cuti sebulan ni pon tak taw nak buat ape...

Takkan nak bercucuk tanam je kot?

Owh ye..lupe plak zoo kene jage gak.tapi xpe..zookeepers aku cekap2..hihi

Ingat nak bukak restoran tapi macam malas la plak..

Ikan2 pon dah tak terjage..

Sebok hidupkan dan bersihkan akuarium orang je..haha

Ape agaknye kawan2 aku yang lain buat ek?

Ape2 pon..slamat bercuti semua!!




Gambar ni diambil dari dalam bas sewaktu dalam perjalanan pulang. Mase tu baru lepas hujan.Macam syahdu je..huhu


Thursday, November 19, 2009

Membersihkan sawang

  2 comments    
categories: ,
warm up..warm up...

huhu kesian btol blog aku

da lame x bagi makan

klu die ni orang,da lame kot kiok

sorry2

exam da habes,cuti pon menjelma

aku mesti terperuk kat umah je..

so..blog..sedia untuk makan sampai pecah perut

ceh ye ye je...hohoho

Wednesday, October 7, 2009

Isi masa lapang

  4 comments    
categories: , ,
haha..macam xde pekdah je care aku mengisi masa lapang ni

tapi xpelah..boring plak

saje aku nak cube try test streamyx kat kediaman kawan2 aku nih ( korang izinkan ke aku menulis ni, ataupon telah mencabuli hak privasi korang? )

Ah dulik ape..da tulis da pon..hahaha

bagus gak..laju2..

mane x laju, kalau dah tanduk modem tu mengadap umah diorang, sekangkang kera plak tu

heheheh

keje banyak sebenanye..

business, audit, network security..

hmmmm..ape lagi ek?

tapi...bile mau start r??

tdo jap, pastu baru pikir2kan balik...

Wednesday, September 30, 2009

Mood Raya Lagi!! (2009)

  4 comments    
categories: ,


Tak taw knape aku suka sangat lagu ni..

Maybe sebab dua2 kumpulan ni kumpulan feveret aku kot

Ditambah lagi dengan video klip syahdu camni..

Wahhh..terbaik ah!!

Selamat Hari Raya sumer..!!

p/s : tapi knape Noh nampak macam gedik sket ek mase dgn budak2 tu??malu kot..hoho

Friday, September 25, 2009

Eid Mubarak (2009)

  6 comments    
categories: , ,
Sudah lebih 20 kali mengalami hari raya...Raya kali ini paling penat kot. Bayangkanlah semua adik beradik mak seramai 8 orang balik beraya campur dengan anak2 diorang, menjadikan rumah nenek aku mempunyai ahli anggota seramai lebih kurang 50 0rang! Dalam satu rumah ade 50 orang, bayangkanlah camane serabut jadinye.. Berebut bilik air nak mandi, melabur, basuh baju berbakul-bakul, sidai, lipat lagi, masak, basuh pinggan.. Adeh, memang tak cukup tangan gak r jadinya.. Dahlah anak dara tak berapa nak ade, yang ramai anak jantan je..so memang tak boleh nak berehat sangatla.. Tapi sebagai seorang pakar mengelak, aku berjaya jugak curik2 tulang lari dari kerja2 dapur yang pening itu dengan alasan seorang sepupu tak membeli tudung lagi, padahal malas.. Mak da bagi greenlight, ape lagik.. kami yakin dengan keputusan kami, kami serbu Bazaar Kota Tinggi!!




teringat cik pzah, jadi ke pakai selendang ct? kui kui kui






pilih..pilih yang mane berkenan..murah2 je dik

sesi 'cuba-jaya' tudung




Tapi apa2 pun..raya tahun ni memang meriah la kan. Dah semua balik, memang riuh rendah sampai ke malam la rumah tuh. Orang datang beraya pon ramai, sampai jari2 saya kecut membasuh cawan dan pinggan.. huhu.. amek gambar dengan family pon tak sempat.. Tapi sedih tahun ni tak dapat buat signature cookies saya iaitu Cornflakes Bermadu sebab masa tak mengizinkan..huhuhu..dah la sebenarnye esaimen berlambak2 tapi tak sempat nak sentuh pon.. haih kalau cuti 2 minggu sempat kot.. T_T







sesi bermaaf-maafan yang ditunggu.. sebenarnye tunggu duit raye.. hehe eh2 xdelah

Hari raya ketiga dan keempat barulah dapt beraya bersama keluarga dan rakan2..Sempat jugak buat research yang tak penting dan tak dapat markah iaitu mengkaji cat rumah orang. Dan keputusannya 85% mengecat rumah mereka dengan warna hijau, kemudian disusuli dengan warna pink, seterusnya putih dan lain2. Tak pecaya?? Tengok gambar2 yang tertera di bawah



Abaikan orang yang sedang menganga makan tempeyek.. Tengok? Dinding dia hijau kan?




Hijau lagik.. sila abaikan lagi orang yang merasakan air oren lagi ade class dari air ribena masam + pahit itu.. huh advertisment sometimes very annoying


haa yang ni lagi hijau terang.. oh tolong abaikan kawan saya yang tak mandi lagi terus sarung baju kurung sebab nak amek gambar


yang ni pon kategori hijau kan?


haha itulah sedikit sebanyak rumah yang bercat hijau.. Sape yang rumah die hijau gak bolela send email kat aku boleh aku tambahkan lagi koleksi .. ok lah akhir kata :
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


Thursday, September 10, 2009

Kerjaya yang tidak harus dipandang remeh : Pengawal Keselamatan

  10 comments    
Pak guard.


Pak Guard bersamaan dengan SECURITY GUARD. Orang Johor panggil pak guard ni JAGA. Eh ke negeri2 lain pon ade panggil JAGA? Ntahlah aku pon x sure sangat. Dalam bahasa melayu dipanggil PENGAWAL KESELAMATAN.

Tak kiralah ape yang dipanggil. Pokok pangkalnya ade perkataan keselamatan, security yang bermaksud pak guard seharusnya menjaga keselamatan tempat yang diawasinya. Pada aku kerja pak guard ni satu kerja yang mulia. Yelah dengan adanya pak guard yang meround kawasan rumah kita setiap malam, kita akan merasa lebih selamat. Nak tido pon lena je, walaupon xde pak guard pon memang lena sesangat. Pak guard jugak selalu membantu masyarakat di sekitarnya. Contohnya kalau nak pinjam screw driver ke, penukul ke, pak guard slalunye ade barang2 seperti itu. Mase skolah plak kitorang gunakan pak guard untuk pinjam motor, round2 keliling asrama. Owh so nice la pak guard skolah saya dulu..Kitorang excident, lampu signal die pecah tapi dia x marah pon..

Tapi skarang pak guard da banyak tugas. Ksian pak guard, kene multi tasking.Dah la tido x brape nak cukup, keje plak banyak. Kasihan mereka.. Sekarang diorang ade kerja baru, iaitu menjaga tepi kain orang. Btol, ini bukan tipu. Buktinya, saya sudah dijaga oleh mereka. Saya tak pakai stoking, mereka pun menahan saya dan menyuruh saya mengambil stoking di tingkat 4 padahal saya 2,3 langkah sahaja lagi nak masuk ke dalam bas. Sungguh mulia kerja pak guard, saya terharu. Akibatnya saya terlambat 20 minit ke kelas. Mereka juga memberi nasihat kepada saya supaya saya jangan kecoh2 kepada benda yang ringkas. Ya pak guard, saya akan ingat nasihat berguna dari pak guard tu. Owh saya xtaw name pak guard itu, tapi sebab die putih + pucat, saya panggil dia pakcik zombie. No offence okeh pakcik, Pontianak pon skarang da vegetarian,hensem lagik..Edward Cullen.hehe..

Satu lagi perkara yang membuat saya puji mereka ialah pak/mak guard juga sangat bekerja keras siang dan malam. Orang lain malam2 sume rehat2, smayang tarawikh di masjid, tapi mereka masih lagi memperjuangkan kerjaya mereka itu dengan berborak2 kosong di pejabat kiut mereka sambil mata terus mengawasi kami. Hebat kan mereka? I like!! Semalam pada pukul 10 malam, mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada pakaian saya lagi. Pak guard menahan saya dan menyuruh saya memakai seluar yang lebih besar dengan alasan sakit mata melihat seluar saya yang kecil. Adui saya bersimpati dengan pakcik sebab pakcik mungkin terlalu memaksa mata pakcik bekerja hingga ke malam yang gelap sampai seluar yang saya pakai tu nampak kecil padahal seluar saya tu memerlukan saya memakai belt ( menunjukkan seluar saya bukan skinny jeans ). Mata pakcik mungkin memang dah rosak sebab seluar saya pakcik nampak, tapi dua makhluk yang berlainan jantina berdua-duaan dalam gelap di belakang pagar bermadu asmara pakcik dah tak nampak!! So sorry to u la pakcik, ade baiknya pakcik pegi check mata pakcik. Pakcik juga ade membuat permintaan supaya saya memakai seluar yang lebih besar selepas ini. Saya mengangguk sahaja, saya ingat pesanan Pak cik Zombie supaya jangan kecoh2 kepada benda yang simple. Padahal saya nak jaga ati pakcik sahaja, sebab even kalau pakcik bagi saya duit untuk beli seluar baru yang besar pon, saya TAK AKAN beli, saya guna duit tu beli token untuk men netball. Takpon saya sedekahkan kat masjid. Pakcik pon dapat pahala.. :)

Ingin saya tegaskan di sini, saya sayang pak guard. Majulah pak guard untuk Negara!!!

Wednesday, September 9, 2009

hai!!

  3 comments    
lame giler x update blog!!


huhu


bizi kot


dah la streamyx kat nilam mcm bengong


tension siot!!


jap ea nak try upload pic...




hehe boleh pon...

Friday, August 21, 2009

agak2 ape?

  2 comments    
categories: ,




Bulan Ramadhan, anda suke dengar ape?

Radio?

Nasyid?

Lagu2 dkat mp3?

suara kekasih?



hmmmm..anda kelentong..



anda suke dengar azan maghrib kan?



hehehe..

SELAMAT BERPUASA

SEMOGA KITA MEMPEROLEH KEBERKATAN RAMADHAN AL MUBARAK


Wednesday, August 19, 2009

Bersyukur bertemu dengannya kembali

  6 comments    
categories: , ,




Lagi dua hari nak puasa, jadi.. bagaimana?Anda sudah sedia? Ceh skimanyer bahase.. So sempena bulan yang penuh diberkati ini, jom kita tengok hukum-hukum yang berkaitan dengan bulan puasa ni supaya tidak menjadi KEMUSYKILAN dalam diri kita nanti..check it out!!

Sumber : Kitab Ahkam al-Siyam
  • Menggunakan titisan Eye Mo TIDAK membatalkan puasa sebab mata bukan ruang yang terbuka
  • Memakai celak TIDAK membatalkan puasa menurut fatwa Syeikh al-Syarbasi
  • Suntikan melalui dubur memBATALkan puasa sebab merupakan ruang yang terbuka
  • Suntikan melalui urat TIDAK membatalkan puasa mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah al-Azhar 1948, apa yang sampai ke dalam badan melalui bukan rongga tidak membatalkan puasa.
  • Kalau agas, lalat atau debu jalan masuk ke dalam rongga badan juga TAK BATAL sebab umum balwa ( sukar untuk dielak )
  • Air kumur yang dimasukkan dalam hidung ketika berwuduk juga TIDAK membatalkan puasa jika tidak berlebih-lebihan
  • Puasa orang yang dipaksa makan atau minum pun TAK BATAL kerana itu bukanlah kemahuannya
  • Sengaja muntah akan membatalkan puasa tapi kalau tidak sengaja maka tidak batal menurut riwayat Abu Hurairah daripada Abi Daud dan al-Tirmizi
  • Mani yang keluar secara SENGAJA seperti bercumbu akan BATAL puasanya
  • Mani yang keluar secara tidak sengaja maka tidak batal puasanya
  • Makruh secara tahrim bercumbu di bulan Ramadhan dengan isteri pada siang hari bagi orang yang shahwatnya bergelora sama ada lelaki atau perempuan menurut pendapat mazhab Hanafi dan Syafie.
  • Mengambil pil penahan haid pada bulan Ramadhan kerana ingin berpuasa penuh adalah DIBOLEHKAN tetapi AFDAL jangan mengambilnya kerana kekal mengikut takdir Allah s.w.t teehadap wanita menurut pendapat Syeikh Uthaimin dan Dr. Yusuf al-Qardawi.
  • Menggunakan ubat gigi pada siang hari di bulan Ramadhan DIBOLEHKAN tetapi AFDAL ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut menurut pendapat Syeikh Uthaimin
  • Orang yang sakit buah pinggang yang dinasihatkan berbuka oleh pakar boleh berbuka dan tidak perlu qada’ sebaliknya memberi makan kepada orang miskin mengikut berapa hari puasa yang ditinggalkannya dengan kadar secupak ( fidyah ). Jika sudah sembuh, bolehlah menggantikannya – fatwa Ibn Jabrin
  • Menggunakan inhaler bagi orang yang berpenyakit asma DIBOLEHKAN kerana gas tidak sampai ke perut tetapi sekadar untuk pernafasan – pendapat Syeikh Hushaimi dan Syeikh Ibn Jabrin
  • Menelan balgram atau sejenis kahak bagi yang tua dan sukar untuk meludahkannya semula adalah sah puasa – fatwa al-Syarbasi
  • Menggunakan oksigen buatan bagi yang terbang ke angkasa TIDAK membatalkan puasa – fatwa Syeikh al-Syarbasi
  • Merokok memBATALkan puasa seperti pendapat jumhur ulama’