Monday, September 29, 2014

Lirik Lagu All About That Bass - Meghan Trainor

  11 comments    
categories: , ,


Lately aku memang suka dengar lagu ni kat dalam kereta, kat office... Catchy sangat! Masa dengar dalam kereta, tak faham sangat apa maksud dia.. Yelah kena fokus kan masa drive.. Choi.. Hehe

Masa dengar kat office, baru faham btol-betol.. Penyanyi ni iaitu Meghan suruh yang kita-kita ni... perempuan ni.. dan wanita juga.. untuk sayangkan bentuk body kita! Jangan asyik nak cakap gemok.. gemok.. gemok.. Nanti gemok bebetol baru taw! Haha

Takdelah.. perempuan ni nak badan skinny.. Senang nak pakai baju macam model-model catwalk or majalah (anyway sume tu dengan pertolongan Photoshop jua)  tu kan.. Tapi tak perlu sebenarnya.. sebab semua orang dicipta dengan badan lain-lain.. Ada yang curvy, ada yang kurus.. Apa-apapun asalkan sihat okaylah..

Anyway penyanyi ni pun comel! Enjoy!


~ALL ABOUT THAT BASS~

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass

Yeah it's pretty clear, I ain't no size two
But I can shake it, shake it like I'm supposed to do
'Cause I got that boom boom that all the boys chase
All the right junk in all the right places

I see the magazines working that Photoshop
We know that shit ain't real
Come on now, make it stop
If you got beauty beauty just raise 'em up
'Cause every inch of you is perfect
From the bottom to the top

Yeah, my momma she told me don't worry about your size
She says, boys they like a little more booty to hold at night
You know I won't be no stick-figure, silicone Barbie doll,
So, if that's what's you're into
Then go ahead and move along

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass
I'm bringing booty back

Go ahead and tell them skinny bitches Hey
No, I'm just playing I know you think you're fat,
But I'm here to tell you that,

Every inch of you is perfect from the bottom to the top
Yeah, my momma she told me don't worry about your size
She says, boys they like a little more booty to hold at night
You know I won't be no stick-figure, silicone Barbie doll,
So, if that's what's you're into
Then go ahead and move along

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass

Because you know I'm all about that bass,
'Bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass, no treble
I'm all 'bout that bass, 'bout that bass



Boleh download MP3 lagu ni kat : SINI


 
Best kan?
 
SELAMAT MENDENGAR!
 
Bye!
 

Friday, September 26, 2014

Siapa Lebih Cepat Mengemas.. Lelaki Atau Wanita?

  8 comments    
categories: 


Sebenarnya ikut orang jugak..

Kalau aku, sejam sebelum departure pun boleh jugak.. 5 minit tak bolehla.. gelabah nanti.. Hua hua hua

Tapi nanti bila ada family, jadi macam dalam gambar gak kot..

HEHEHE

Bye!

Wednesday, September 24, 2014

Siapa Pandai Berbahasa French?

  14 comments    
categories: 




Saje je belek2 entri-entri lama..

Pastu terjumpa plak komen ni! Haha.. Lawak!

Tiba-tiba kan ada anonymous komen kat blog aku, type dalam French!

Aku pun teruja lah sesangat

Tak sangka ada mamat dari France baca blog aku, siap komen lagi, mesti handsome kan.. Keh3

Aku pun excited balas gak dalam French.. wee

Pastu dia tak komen pape dah untuk entri seterusnya.. Kah kah kah

Rupa-rupanya itu semua hanyalah spamming sahaja kan...

Anyway aku suka dengar orang cakap French.. Even bila diorang cakap English, loghat French tu still ada and its cute.. LOL

Oklah Selamat Hari Rabu..

Bye 

Assalamualaikum!

:)


Wednesday, September 17, 2014

Slang Johor :)

  7 comments    
categories: , , ,

Hai..

Aku orang Johor

Orang Johor ni takde loghat macam orang Utara.. Orang Negeri Sembilan, Orang Pahang.. Orang Perak.. 

Tapi orang Johor ada macam-macam..

Ade orang Jawa, Banjar, Bugis..

Jadi, maybe sebab itulah.. ada perkataan-perkataan yang menjadi slang Johor, yang negeri lain tak pakai..

Haha.. agaknyelah kot.. Aku pon tak pasti

Okay.. Mari tengok-tengok perkataan2 femes orang JDT




Okay.. ni selalu guna..






Hahaha.. ini jarang digunakan dan tak selalu didengari.. tak taw maybe ade certain daerah yang guna ni?







Rasa macam selalu guna masa kecik2.. sejak duduk KL ni jarang guna.. LOL







Ini masih digunakan sampai sekarang.. harap orang lain paham





Okaylah itu sahaja pelajaran kita hari ini..

Hehehe..

Sape orang Johor dan juga orang bukan Johor yang nak belajar (Hehe..ade ke), bolehlah follow Johor Slang kat twitter, Instagram, FB mereka.. Best gak.. kengkadang tu ketawa berdekah sebab lawak gak perkataan tu.. haha


Ok bye!

Assalamualaikum




Friday, September 12, 2014

Mengamuk Di Twitter?

  17 comments    
categories: , ,


Marah katenye tapi sempat lagi ada hashtag..

ZzzZzzzzz

Maybe ini adalah salah satu cara untuk promotion filem..

ZzZZZzzz..


Thursday, September 4, 2014

Raya Raya Raya.. Selamat Hari Raya~~ (2014)

  8 comments    
categories: , ,
Tajuk entri kali ini ialah secebis lirik dari sebuah lagu raya..

Teka lagu apa?

Kalau betul, aku bagi gula-gula.. hehehhe serius ni tak tipu..

Okay bulan Syawal 1435H dah berlalu pun sebenarnya.. Dah masuk Zulkaedah dah nak oii.. Tapi si slowpoke will be slowpoke forever.. LOL.. So apa kisah raya kali ni? Lebih kurang sajer macam tahun lepas.. (Eh bila nak ubah ni?).. Yang beza ketaranya famili aku tak cukup sorang.. Kakngah di Jordan so.. tengok kami makan rendang ketupat dari Skype sajelah yer? Hehehehe





Model rendang ayam kita.. Pepagi bau ayam sajer sebab basuh ayam 7 ekor T_T








Bagi mereka yang tidak pulang ke kampung pada raya pertama, kami mengamalkan Tango/Viber/Skype untuk menghilangkan rasa rindu.. T_T.. 










Meraikan teknologi baru iaitu monopod.. keh keh keh.. tapi masalahnya bila upload dalam blog nape dia terbalik.. Adoi lahhhh  penat dah aku adjust2.. T_T.. Maafler











Semenjak dua menjak ni aku dah tak dapat duit raya dah, ni sampul duit raya adik aku dapat ni.. Ganas bebeno.. takut aku melihatnya









Upacara bermain bunga api haruslah.. Anyway, aku tak suka langsung bunyi bom, meriam, mercun dan sebagainya... Mesti jantung aku ni pon macam meletup sama.. Dan keluarlah sumpah seranah di dalam hati aku.. Nak cakap kuat takleh ramai orang2 tua.. Hahaha









Tamat beraya di kampung.. kita beraya di Kay El pula.. Raya di KL pun best juga.. banyak open haus.. setiap weekend naik 2 Kg.. Yeahh (true story bro).. Pic atas menunjukkan keterujaan still dapat duit raya lagi.. hik3









Event wajib.. Potluck di office! Suka sangat sangat sangat sebab banyak makanan lazzattt









Yang tengah tu happy laaa menang Biggest Loser! Yang di sipi-sipi tu kecewa laaa sebab tak dapat RM 200  T_T








Harap korang masih dapat merasai kemeriahan hari raya bila melihat kek ini.. LOL

SELAMAT HARI RAYA 

MAAF ZAHIR BATIN

sori lambat


Bye!



Friday, August 29, 2014

Ada Apa dengan 'Infused Water'?

  16 comments    
categories: ,


So sekarang ni 'Infused Water'  tengah in & meletop-letop.. Sebab selalu nampak orang share kat facebook & Instagram.. Aku pon suka tengok sebab colorful sangat dan nampak lazat. Sesuai jugak untuk orang yang tak suka makan buah..atau tak suka minum jus.. Infused Water ni rasa light2 sajer..



Apa itu 'Infused Water'?
 Infused Water ni air yang dicampur dengan buah-buahan dan diperap dalam peti sejuk selama beberapa jam. Ada macam-macam jenis.. Contohnya seperti All Citrus, Raspberry Lime, Pinapple Mint dan banyakkk lagi.. Yang penting campur-campurkan buah.. Sedap kot..






So.. bagus ke Infused Water ni? Apa kelebihan dia?

  • Kelebihan paling glamour ialah dapat menurunkan berat badan! Woww! Suka2! Sebab buah-buahan ni boleh meningkatkan metabolisma dalam badan kita :)
  • Dan juga dapat mengenyangkan kita.. So tak perlu nak makan banyak.. sekaligus menurunkan berat badan.. 
  •  Sasuai juga untuk menyahkan toksin dalam badan, jadi badan lebih sihat! Yeay!
  •  Meningkatkan da memperbaiki mood. Hmm..? Bagus nih!
  •  Mengurangkan rasa mengantuk/lemah sewaktu tengah hari.
  • Mengurangkan sakit-sakit otot semasa work-out
  • Melindungi organ-organ dalam badan semasa berpeluh



 Okay lepas baca artikel-artikel tentang Infused Water ni.. memang banyaklah kelebihan dia kan.. yang paling best tu dapat turunkan berat badan tu la.. hihihiihihihihih..  So jomlah kita sama-sama try buat air ni.. Alahaii senang sangat.. potong2 buah, masuk dalam air then simpan semalaman.. Jadi dah..



 Sumber imej



Kalau nak tengok resepi Infused Water, boleh tengok2 kat link bawah ni, mungkin boleh membantu :

Resepi 1

Resepi 2


Ok selamat mencuba.. bye! :)



Thursday, August 28, 2014

Jalan-Jalan: Singapura Lagi!

  13 comments    
categories: ,
Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog kesayangan ni.. Ksian.. Kalau blog ni orang, dan entri tu adalah makanan, okay dia dah mati.. Sebab dah 4 bulan tak makan.. Ok nuf said

So sebagai pembakar semangat, so update benda best iaitu.. jalan-jalan! Wuhuuu.. Dan jalan-jalan kali ini ialah di.. Singapura Kota Singa! Ok ini adalah kali kedua aku ke sini.. Ermm.. mengapa? Niat pertama ialah untuk cuba semua game dalam USS! Hehehe.. Niat kedua plak ialah... target aku setahun mesti sekali pergi melancong luar negara (ihiks).. So untuk tahun ni target tercapai.. walaupunn.. dah pernah pegi. Tak cakap pun target tu mesti pergi tempat yang lain kan? Hehe.. lagi satu sebab nak save bajet.. LOL  *middle-class problem*




Gambar dalam kapal terbang haruslah ada.. Macam biasa naik Air Asia.. :p






Tadaaa! Tengok line telefon dah jadi Starhub/Singtel, tu maknanya kita dah sampai Singapura! Wuhuu.. Jangan lupa off roaming network nanti tiba-tiba je kredit tinggal 0.01 sen ..





Tak sah kan kalau sampai sini tak makan Murtabak Singapura! Sedap giler kot! And besar, jangan tamak makan sorang-sorang ea.. Hehehe.. Ni makan kat Restoran Zam-Zam di Arab Street.. Ada banyak menu lain sedap-sedap macam Nasi Beriyani, Ayam Tandoori.. Harga tak mahal pun, standard macam harga kat kedai mamak tapi dalam matawang mereka lah. :)






Bincang tentang politik semasa. Hehe.. Ni dekat tepi laut berdekatan dengan Fullerton House.. Panas time ni. Alhamdulillah boleh jalan-jalan







Gambar censored sket.. :p






Last time aku pergi, Merlion ni tengah dimaintain.. This time, yeah! dapat jugak bergambar dengan dia ni. Barulah lengkap kan.. Hehehe..







Malam tu kami pergi Mustafa Centre. Ia terletak di Little India, Syed Alwi Road. Tengok dari luar, nampak macam bangunan biase je. Tapi dalam banyak barang-barang berjenama jugak! Haa.. Caye tak? Susun atur dia pack macam kat Mydin Malaysia.. Tapi ada jual macam-macam lagi. Cakap je nak ape.. Perfume? Souvenir? Alat-alat elektrik? Gadjet? Make-up? Makanan? Suma ada....! Best! Harga pun murah jugak taw. Perfume ori macam Jimmy Choo, Taylor Swift.. pun ade. Murah lagi dari beli di Dubai yang tak ori tu. Hehe.. orang cakaplah.. 






So next day kami pergi ke USS! Weeee~! Excited komain. Okay gate tak bukak lagi, kami tengah beratur ni.. Tazabar.. 







We love Minion! Babababa~ Banananana







Kisah gambar ni ialah.. kami semua teruja nak naik Canopy Flyer kat section The Lost World. Tapi ada sorang takut! Haha. So kami pun naik la.. best..! Turun-turun kami citer la kat dia takdelah menakutkan pun.. biasa-biasa jer.. best lah. So dia pon naik bersama 3 kawan lagi.. Hehe.. Nasib tak ramai orang sangat, so takdelah lama tunggu turn kan? Aku sempat snap pic ni dari bawah! Hehe







Okay ni selepas menaiki roller coster Revenge Of The Mummy: The Ride. Memang. Gempak. Giler. Aku tak sempat naik hari tu.. now.. aku dah boleh tidur lena.. Hahahaha.. Roller Coster dalam gelap memang best.. rasa macam tak cuak sangat dari open air roller coster Battlestar Galactica tu.. Tapi aku menjerit tak henti gak! Hahaha.. Nora bagi 5 bintang!







Transformers The Ride ni wajib naik okayyyyy.. Kami siap naik 2 kali! Ada makcik dari kedah berumur 40-an takut nak naik, tapi kami pujuk-pujuk dia.. Rugi makcik, datang jauh-jauh dari Kedah tak naik. Akhirnya dia bersetuju dan dia tak menyesal sama sekali. Hehehehe.






Ni plak roller coster Sesame Street Spagetthi Space Chase. Kisahnya kita kena tolong Elmo cari balik spagetthi dia yang hilang. Hehe. Comel jer. Ni sesuai untuk budak-budak. Mak budak pun boleh.. mengimbau kenangan lama aper.. :)






Elmo want cookies!





Lastly, dah petang sket.. kami pun menonton Hollywood Dreams Parade. Ala macam perarakan kereta berhias la.. Hehe.. Dipenuhi dengan semua watak-watak dalam USS ni. Ada Shrek, Madagascar, The Mummy, Transformers dan memacam lagi,.. Syokk.. Ini macam penamat lah sehari di USS, dan kali ni aku puas hati dapat main semua game yang aku nak.. terbaik!






Anyway, sume perjalanan kami, kemana-mana kami pergi.. Kami naik MRT!Lebih kurang macam LRT kat Malaysia lah kan.. Senang and murah.. Kami tidur kat Lofi Inn kat Little India.. Dorm jer takde maknanye hotel-hotel nih.. (Walaupun di hati nak juga tidur di Fullerton Bay Hotel)






Keesokan hari kami pergi Orchard Road and Bugis Street. Kat Bugis Street, adelah beli souvenir sket. Kat Orchard Road cuci mata jeee..Hihihi.. next time InshaAllah








Okay itu sahaja.. then kami balik ke KL tercinta.. kui3. Suke gak gi Singapura ni.. Orangnya ramah-ramah.. Masa kami tengah jalan nak ke stesen MRT, ade yang tegur2.. Hehe. And masa berjalan rasa selamat jer.. Bersih plak tu.. ok ada masa kita gi lagi :)


Ni link dulu masa first time gi, kalau rajin leh baca:




Ok bye.. Salam :)

Tuesday, August 12, 2014

Get Serious Please!

  
Ramai yang cakap blog semakin tidak relevan buat masa kini. Aku setuju.. Hahaha! Sebab aku macam takde masa nak membaca blog.. apatah lagi.. pos baru!

Anyway sesekali baca blog best jugak! Hilang tensi sekejap!

Ok lah lepas ni nak rajin update lah.. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday, April 29, 2014

Throwback~ Pantang-Larang Menulis Blog


Bila dah lama menulis blog ni (tapi jarang update..puiiiii), aku dah pandai memilih dah jenis blog apa yang aku nak baca. Hahaha demand tak? Ngengade macam lah blog aku best sangat kan.. Hehe. Tapi bukan content la yang selalu aku tengok.. sebab aku okay je apa-apa content, jangan cerita lucah sudah laaa.. Tapi aku lebih tekankan kepada look-and-feel.. Keh3.. Maksudnya rupa dan format blog tu la.. (Dasar manusia memlih rupa..Hahahaha)..  So, antara pantang larang aku dalam blog ialah:


1. Tulisan KeJaP BeSaR KeJaP KeCik

Aku tak faham.. kenapa orang tulis macam ni. Rajin plak tekan button CAPS LOCK dekat keyboard berselang seli? Serious man.. ada masa plak nak berfancy-fancy macam tu ek? Masa zaman kekanak dulu, rajin gak la tulis cenggitu kat buku biodata tu.. Nampak macam kreatif gitu.. Tapi bila tengok sekarang, macam.. macam.. err..




2. Tulisan Colourful Bagai...

Sakit mata tahu? Especially bila background putih macam blog ini. Kalau background gelap, acceptable lagi..





3. Gambar Blur & Tak Clear

Ok lah fahamlah kadang-kadang kita tak bawak camera canggih manggih yang berat bagai, so pakai camera handphone je so gambar memang pecah-pecah dan tidak sekualiti gambar guna DSLR kan? (Tapi ade je pakai DSLR , gambar still blur... keh3). Ataupon... kita memang tak mampu so pakai jelah camera apa-apa pun yang menyebabkan gambar pixelated... paham.. paham.. Tapi.... kalau gambar google dalam internet pun pecah-pecah.. ermmm.. kurang menarik jadinye..kot..










Anywayyyyy....







Merujuk kepada gambar di atas, semua benda yang aku mention pantang-larang tu.. Sebenarnya... aku pun pernah buat.. Kah kah kah... Mengata dulang paku yang serpih... Em betul tak peribahasa tu? Hahaha..

Tulah.. tu zaman dulu kala la.. Sebenarnya font tu kaler kuning.. Aku edit sket bagi nampak untuk dibaca.. Aku pon rabun.. Hahaha.. Tapi dulu background blog kaler hitam.. So takpe kot.. hehe. Tapi dahla pakai short form? Aku jadi AK? Gila malas aku menaip.. Kah2.. Tapi rajin plak tulisan kecik tulisan besar berselang seli? Hahaha

So.. kesimpulannya di sini..

 Marilah kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang

:)

Assalamualaikum

Bye!

 

Tuesday, April 15, 2014

Pernikahan di Perlis Indera Kayangan

  15 comments    
categories: ,
Ini gambar edit terlebih. 



Susah betul nak amek mood update blog ni. Hahaha. 

Well, kawan 1 universiti, 1 rumah, 1 tempat kerja sudah kahwin pada 26/3/2014

Gigih aku amek Annual Leave 3 hari semata-mata nak tengok si dia ni nikah.. Sweet tak? Kah3

Nasib baik ada saudari yang baik hati sudi terbang bersama-sama aku ke Perlis Indera Kayangan ni..

Masa tu seriau gak la naik kapal terbang sebab Perdana Menteri baru umumkan radar MH370 terhenti di Lautan Hindi

Tapi.. ada kena mengena ke ? Hmm.. anyway..

Tahniah Pizah!

Semoga perkahwinan diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh & solehah :)

Lepas ni kena rajin masak taw! :p




Lagi gambar terlebih edit






Okay.. bye.. Assalamualaikum :)


Tuesday, April 8, 2014

Lamanya Gua Duduk Dalam Gua

  6 comments    
Will update soooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, January 1, 2014

2014

  17 comments    
So dah 2014.. 

Jom tukar template blog baru..

Baru semangat sket nak update

HEHE

Tak.. Sebenarnya template lama dah tak percuma lagi

Kena Bayar..

Huk3

Bye!