Tuesday, January 30, 2018

Review Pelbagai Jenis Matte Liquid Lipstick





Post ini bertujuan untuk menjadi panduan untuk penulis dan konsumer lain untuk membeli dan memilih lambakan dan kepelbagaian liquid lipstick di waktu ini. Review ini juga adalah hasil daripada penggunaan penulis dan konsumer lain juga seperti kawan-kawan, makcik, adik, anak buah, beauty blogger & instagrammer.

Disclaimer: Review ini mungkin tak sama bagi setiap individu kerana setiap individu mempunyai bibir lain-lain, dan gaya hidup yang berbeza. Tetapi, kecantikan adalah hak milik setiap insan. Cewahh.. ingat tak tagline produk mana ntah ni?

Okay marilah tanpa berlengah lagiii



1. Breena Beauty VELVETCREME Liquid Lipstick


Sumber imej: sini



  • Jeng jeng jeng.. kenapa jenama Breena Beauty ni sebagai yang first? Sebab aku suka sangat lipstick ni!
  • Lipstick ni lokal punya taw, tapi lokal pun kualiti dia tak kurang dari lipstick import.. founder Breena Beauty ni ialah beauty blogger yang dah lama aku follow, Sabrina Tajudin.. Congrats Sabrina sebab kluarkan produk best camni! :D
  • Sebab ape best: Highly pigmented, harga yang berpatutan, matte finishing tapi tak mengeringkan bibir (ini paling penting, seriously!), senang nak apply, tak patchy, tahan lama.. asal tak makan makanan2 yg sangat berminyak, colour yang cantik-cantik.. hehe
  • Ape yang tak best: Setakat ni takde.. :D
  • Personal favourite: Kindness



2. Kylie Matte Lip Kits




  • Rasanya hampir semua orang aware kot pasal liquid lipstick ni sebab founder dia seorang yang famous amous iaitu Kylie Jenner..
  • Lipstick ni memang laku keras sebab sume girls nak bibir macam Kylie padahal dia pun suntik bibir.. ehehehehe. ..
  • Bila aku survey2, ade yang fanatik dan obses gila dengan lipstick ni, tapi ramai jugak yang meh.. biase je, baik beli Colorpup, same je kilangnye..heh
  • Pada aku plak, certain color (Ginger. Favourite!) memang best sangat .. Senang nak apply, tak patchy, cepat kering, finishing dia memang menampakkan bibir plump (ala-ala Kylie LOL), and tak mengeringkan bibir
  • Certain color (color yang cerah-cerah) plak, bila apply jadi patchy, lepas tu bila makan ke, color tu jadi tak sekata, kira memang nampak la lipstick tu hilang
  • So.. macam love-hate relationship lah aku dengan Kylie matte lipstick ni
  • Yang tak best: Harganya sob3.. mahai... lepas tu takde kat Sephora.. kalau nak beli kena through website... lepas tu nak tunggu dia pos then sampai kat Malaysia.. hmm bercinta jugaklah



3. Jordana Sweet Cream Matte

Sumber imej: Sini

  • Ini pun brand dari USA, tapi tak susah pun nak beli, banyak instagram seller jual ready stock so tak payah tunggu lelama sangatlah
  • Yang best: Bau wangi (tapi ramai jugak tak suka bau-bauan ni rupanya, diorang prefer non-fragrance), color yang cecantik, dan paling penting tahan lama dan tidak mengeringkan :D . Oh harga pun berpatutan ye.. mostly instaseller jual RM35
  • Yang tak best: Ape ek? Maybe tak banyak pilihan warna kot
  • Personal favourite: Rose Macaron





4. Silkygirl Matte Junkie

Sumber imej: sini


  • Ahaa.. ini lagi satu favourite aku.. dan favourite orang ramai juga rasanya
  • Sebab ape? First of all, senang nak dapt, pergi je mana-mana drugstore, mesti ade punya brand ni 
  • Second, harga dia tak mahal.. antara yang termurah jugak lah.. Range dalam RM 20-21 camtu kot..lupa.. tapi kadang-kadang diorang buat sales kan, boleh dapat sampai RM 17..below 20 kan ok tu?
  • Eventhough murah, tapi bagus ye, pigmented, tahan lama, color range yang cantik-cantik so memang berbaloi-baloi
  • Personal favourite: Retro



5. Palladio Velvet Matte Cream Lip Color



  • Okay, brand ni pun senang dicari, just pergi je kat Guardian, tapi tak sure la ada dekat sume branch Guardian atau Guardian yang besar-besar je
  • Yang best: Harga yang berpatutan, rasa macam dalam RM20-25, bila sale sampai RM15 uols, senang sangat apply, highly pigmented, tahan lama & tak mengeringkan bibir
  • Yang tak best: Dia bukan fully matte, terang-terang nama pun Velvet Matte, so bila finishing tu macam ada gloss-gloss sket, which aku tak berapa gemar
  • Lagi satu, range warna dia macam ermm.. ada 1-2 je kena dengan aku, yang lain macam too bright or too dark..Huhuhu
  • Personal favourite : Raw Silk



6. Huda Beauty Liquid Matte



  • Yang ini pun satu jenama yang popular gak.. 
  • Ramai orang suka liquid lipstick Huda ni.. sebab-sebabnye macam biasalah, tahan lama, range color yang menarik, dan macam-macam lagilah
  • Aku perasan liquid dia macam cair sket.. takde masalah pon senanglah nak apply kan cuma hati-hatilah takut tumpah plak liquid dalam botol tu (boleh jadi)
  • Cumanyaa.. bila memikirkan harga lipstick ni, dan dengan kualiti dia yang aku rasa macam ermm.. banyak je lipstick lain yang setanding atau lebih bagus.. soo.. aku tak rasalah macam nak repeat lagi kot.. for the moment.. hehehe
  • Rasanya dekat Sephora Malaysia tak jual Huda Beauty ni.. so kena beli through website atau personal shopper lah 







Okay mula-mula ingatkan nak review letak dalam 1 entry, tapi tiba-tiba rasa buat 2 lah sebab penat. Kah kah kah. Okay nantikan sambungan di entri lain! Kih3

Bye!

Thursday, January 25, 2018

Bukti Kemalasan yang Melampau

  8 comments    
categories: 





Hai korang!

Tengokla betapa malasnya aku update blog!

2016 - 9 posts

2017 - 7 posts je haih melampau!

2012 tu aku tak tau la knape aku rajin sangat tu.. banyak masa terluang kot :'D

Ok lah!

Doakan aku jadi rajin ea.. bukan rajin update blog je... tapi rajin dalam setiap aspek kehidupan

Hehe

Bye!


Tuesday, January 23, 2018

Lirik Lagu Teman - Lovehunters

  No comments    
categories: ,




TEMAN


Sejak mula pertemuan itu..
Hati melonjak terkenangkanmu..
Tiap detik ku mengharapkan..
Panggilan rindumu sayang..

Apa kau rasa yang ku rasakan..
Mungkin ini satu permulaan..
Biarlah mawar terus bersemi..
Mekar harum mewangi..

Takku menduga…..
Cinta yang ku cari selama ini..
Dikaburi wajah-wajah yang tiada..
Ertinya sayang…..

Hadir di sisi..
Tanpa harap belas dan perhatian..
Namun kau pasti hadir di situ..
Saat ku perlukan…

Jangan hirau cerca dan hinaan..
Kita teman yang tak sehaluan..
bukti kasih dan keikhlasan..
Mengikat hatimu hatiku..

Hadir di sisi..
Tanpa harap belas dan perhatian..
Namun kau pasti hadir di situ..
Saat ku perlukan…..

Te.. Te.. Te.. de.. de..

Kau teman……




Saja share lagu ni sebab bila dengar mesti teringat suasana kat rumah masa nak tunggu result SPM :P

Sunday, January 21, 2018

Hello 2018!

  4 comments    
categories: 




Assalamualaikum warga blog!

Dah masuk tahun 2018 dah.. Januari pun dah nak habis OMG..

Tahun 2017 sebenarnya banyak jugak kisah yang aku boleh citer tapi masalahnya mood nak menulis tu dah kelaut sangat WHYYY...

Highlight tahun 2017 aku ialah bila aku dah grad untuk Master dalam Information Technology (Management)

Alhamdulillah segala puji bagi Allah

Niat nak sambung PHD tu memang ade 

Tapi niat sajelah! Caranya blom mula pun koh koh koh

Okaylah

Tiap tahun azam aku memang nak update blog selalu last2 pufff hilang ke udara hahaha

So untuk tahun ni.. kalau aku rajin aku update la ek

Hahahahahha


Semoga tahun 2018 dan hari-hari seterusnya bertambah baik !

Amin


Bye!